Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang
peguam sedang menyoal seorang saksi penting.
Peguam : Awak kenal ini?
(sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)
Saksi : Kenal
tuan.
Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?
Saksi : Itu
gambar, tuan.
Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar
ni.
Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.
Peguam : (mula
tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke
perempuan!
Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.
Peguam : Bila
kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di
mejanya)
Saksi : Baru kejap tadi tuan.
Peguam : Hahhh!!? Bagaimana
awak boleh lihatnya kejap tadi?
Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar
tu pada saya.
Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan
gambar tu.
Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu
sebelum ni.
Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku
bercakap pasal mangsa!!! (sambil menghentamkan pennya pada gambar
tersebut)
Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa
ditikam, tuan.
Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya
yang berada dalam mahkamah ini. Adakah lelaki yang berada di kandang tertuduh
itu? (sambil mengusap dadanya kerana terlalu bengang)
Saksi : Bukan.
(tangannya kemudian ditunjukkan pada peguam tersebut)
Peguam : Hahhh!!!
Kenapa awak tunjuk pada saya!!?
Saksi : Baru kejap tadi saya nampak tuan
tikam gambar tu dengan pen tuan.
Peguam : ARGHHHHH!!! APA YANG KAU
MEREPEK NI !!! AKU BUKAN CAKAP PASAL GAMBAR TU!!! AKU CAKAP PASAL MANGSA YANG
AKU BUNUH TU LAHHHHH!!!!!
No comments:
Post a Comment